PELANCONGAN DESA


1.   Sedili Wetland, Kampung Belukar Durian

Kampung Belukar Durian adalah destinasi popular untuk memancing udang air tawar dan juga ini diselubungi dengan tumbuh-tumbuhan di tepi sungai dan hutan paya air tawar. Ianya terletak di kawasan tenggara negeri Johor. Tanah Lembab Sedili Kechil ini kekal sebagai kawasan tadahan sungai yang belum disentuh. Flora dan fauna yang jarang didapati boleh dijumpai di kawasan seperti ‘Water Trumpets’. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti penanaman  semula bakau, sungai safari, menerokai pantai berpasir, mengutip lokan dan kraftangan kerang-kerangan laut dan sebagainya.

Hubungi kami :
No. Tel            : 019-738 0372 (Kamar) / 019-730 0058 (Pak Wan Zaili)
Website           www.homestaykampungbelukardurian.blogspot.my

2.   Kampung Johor Lama

Anda akan mengenali sejarah yang ditinggalkan oleh penduduk pantai melayu lama yang setia kepada Sultan Johor. Ianya terletak di bahagian kiri Sungai Johor dengan jarak kira-kira 27 km dari Kota Tinggi dan kira-kira 30 km dari Desaru. Di Kampung Johor Lama, anda akan berada dalam dimensi kehidupan pantai dengan pemandangan indah Sungai Johor yang luas merangkumi banyak anak sungai yang begitu mempersonakan serta melegakan minda dan badan. Di sini kita dapat saksikan kumpulan-kumpulan tarian budaya seperti Tarian Zapin dan Hadrah Johor Lama, diiringi oleh kompang tangan raksasa yang diamalkan dalam tradisi budaya dunia hiburan islam.


Hubungi kami :
No. Tel            : 019-744 4984 (Nahar)

3.   Kampung Tanjung Buai

Salah sebuah kampung nelayan di antara Sungai Johor dan Sungai Lebam. Aktiviti penduduk yang utama adalah nelayan. Anda boleh menikmati ketenangan di Jeti Tanjung Buai.


Hubungi kami :
No. Tel            : 07 - 884 3101 / 07 - 884 3096 (Tourism KEJORA)
4.   Kampung Mawai Baru

Kampung ini pernah menjadi tumpuan pihak media dan penyelidik antarabangsa untuk mencari makhluk aneh yang dikenali sebagai Big Foot. Kampung ini mempunyai sebatang sungai yang terkenal dikalangan pemancing udang galah. Kampung ini sangat sesuai untuk aktiviti kembara dan pelancongan eko.


Hubungi kami :
No. Tel            : 019 - 745 5991 (Ummi Roslilawati)


5.   Kampung Tanjung Serindit

Dikenali sebagai kawasan perkampungan yang mempunyai banyak kemudahan rumah rakit untuk disewa oleh kaki pancing.


Hubungi kami :
No. Tel            : 019 - 2254463 (Kamsani)

6.   Kampung Sayang


     Sebuah kampung kecil dengan kurang dari 200 orang penduduk. Kampung ini dikelilingi dengan pokok nipah, pokok kelapa dan pokok getah. Ia terkenal dengan projek pembuatan atap nipah.


Hubungi kami :
No. Tel            : 6589 8532 (Kg. Sayang Resort)

No. Tel            : 019-787 2323 (Norehan) / 012 - 747 3116 (Mat)

7.   Kampung Linting & Linting Wetlands


     Kawasan kampung yang dikelilingi oleh pokok getah dan kebun buah-buahan. Keistimewaan kampung ini adalah penduduknya masih mengekalkan permainan tradisional jong. Anda juga boleh tinggal bersama penduduk tempatan dan menyelami kehidupan nelayan. Kawasan ini juga mempunyai kawasan tanah lembab yang dikenali Tanah Lembab Linting yang dikelilingi oleh pohon bakau yang menghijau berserta burung-burung dan fauna yang menarik. Ia juga terkenal dengan penyediaan makanan laut di Restoran Terapung Tg. Belungkor.


Hubungi kami :
No. Tel            : 019-762 6458 (Amin)
No. Tel            : 019-784 2064 (Mahidan)
No. Tel            : 019-719 9941 (Alwi)

8.   Kampung Panchor


    Kawasan tinggalan / Makam Kesultanan Johor Lama. Ia juga mempunyai kemudahan rumah rakit untuk memancing.


Hubungi kami :

No. Tel            : 013 - 767 8868 (Nizam)

No comments:

Post a Comment