AKTIVITI PELANCONGAN KEJORA


  1. Program Karnival Sukan dan Pelancongan JPMM Dun Sedili dan KEJORA “JomGodakPaya” Tahun 2016 pada 23 Januari 2016 (Sabtu)

Program Karnival Sukan dan Pelancongan JPMM Dun Sedili dan KEJORA “Jom Godak Paya” Tahun 2016 pada 23 Januari 2016 (Sabtu) bertempat di  Wetland Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi. 

2          “Jom Godak Paya” merupakan salah satu program inisiatif Yang Berhormat Tuan Haji Rasman Bin Haji Ithnain, Adun Sedili dan ia bertujuan memperkenalkan permainan tradisi masyarakat serta mengetengahkan keunikan budaya. Selain daripada itu program ini juga diadakan bagi mendekatkan Pemimpin dengan masyarakat setempat supaya setiap masalah rakyat dapat diselesaikan dan menjalinkan kerjasama yang erat.Pelbagai acara menarik diadakan iaitu “Program Berjalan Sepuluh Ribu Langkah”, Aerobik, “Godak Paya” dan Pertandingan Sukan Rakyat Tradisional.

3          Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Norazam Bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Turut hadir Yang Berhormat Tuan Haji Rasman Bin Haji Ithnain, Adun Sedili dan En. Norazman Bin Othman, Pengurus Besar KEJORA.

4          Dianggarkan seramai lebih kurang 1000 orang hadir memeriahkan Program Karnival Sukan dan Pelancongan JPMM Dun Sedili dan KEJORA “Jom Godak Paya” Tahun 2016 pada 23 Januari 2016 (Sabtu) bertempat di  The Wetlands Of Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor.

Senaman pagi



Tuan Pengurus Besar KEJORA, En Norazman Bin Othman menguji ATV di track Kg Belukar Durian

Pertandingan “Bina Badan” dipertandingkan

Perasmian “Jom Godak Paya” oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman

Peserta bersiap sedia untuk mencari kata kunci di dalam paya


2. Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2016


Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2016 telah diadakan pada 8-9 Januari 2016 bertempat di Pantai Tanjung Balau. Pelepasan rasmi Monsoon Mayhem Internatioanal Surf Challenge 2016 oleh Tuan Haji Norazam Bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Turut hadir En. Edzuar Zar Bin Ayob Azari, Pengarah Tourism Malaysia, Johor dan Pn. Wan Fatiha, Timbalan Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia, Johor.

2.         Majlis penyampaian hadiah pada 9 Januari 2016 telah disempurnakan oleh En. Norazman Bin Othman, Pengurus Besar KEJORA dan En. Hamzah Bin Haji Isa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA).

3.         Seramai 40 orang menyertai pertandingan Luncur Ombak yang terdiri bukan sahaja dari Malaysia juga dari Negara Australia, Japan dan Singapura. Lain-lain aktiviti tarikan 10 peserta Skateboarding dan juga pameran kereta antik.

a)    Pemenang Kategori Mayhem Mens Open
BIL
NAMA
NEGERI
HADIAH
1
Didaqt
Cherating, Pahang 
RM2,000.00
2
Haikal
Tanjung Balau Johor
RM1,000.00
3
Yen
Cherating, Pahang 
RM700.00
4
Alif Hakimi
Tanjung Balau Johor
RM500.00

b)    Pemenang Kategori Mayhem Masters
BIL
NAMA
NEGARA
HADIAH
1
Greg daniel
Australia
RM1,000.00
2
Ajill
Singapura
RM700.00
3
Bukit
Singapura
RM500.00
4
Nori San
Japan
RM300.00

4.         Dianggarkan seramai lebih kurang 500 orang hadir memeriahkan Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2016 pada 8-9 Januari 2016 bertempat di Pantai Tanjung Balau. 
Barisan juri yang mengadili pertandingan

Boyband KEJORA turut menghiburkan penonton yang hadir

Peserta bergambar dengan tetamu kehormat


Antara peserta dari dalam negara

Peserta melakukan warm-up sebelum pertandingan


3. JOHOR MEDIA RACE 2016

Tourism Malaysia Johor telah mengadakan Program Johor Packages Directory 2016 & Johor Media Race sekitar produk pelancongan di Johor. Program ini merupakan program yang dirancang bagi mengenalpasti produk pelancongan dan pakej pelancongan sedia ada di Johor. Antara daerah yang terlibat adalah Tangkak, Muar, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Johor Media Race ini melibatkan peserta dari pihak media tempatan, bloggers, Tourism Malaysia Info Center dan Travel Agent seramai lebih kurang 40 orang.
            Tujuan program ini sebagai mempromosikan tempat yang dilawati melalui saluran yang mengikut perkembangan semasa. Tempat-tempat yang telah mereka lawati juga akan di promosikan melalui media-media sosial. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada pihak media tempatan dan Singapura serta agensi pelancongan dan penggiat industri. Berikut adalah senarai jemputan yang hadir:

PENGURUSAN KEJORA

1. Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan)
2. Pengurus Kerajaan Tempatan
3. Pengurus Teknologi Maklumat
4. Wakil Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
5. Wakil Pengurus Pertanian Dan Industri Asas Tani
6. Ketua Unit Integriti

JEMPUTAN KHAS

1. Wakil Pengurus Lotus Desaru Beach Resort Sdn Bhd
2. Wakil Pengurus Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort
3. Puan Roslilawati Binti Hussin (Homestay Kg Mawai)
4. En. Sadek Bin Mohd Saed (Homestay Kg Belukar Durian)
5. Puan Rauyah Binti Zainal (Homestay Sedili Kecil)
6. Penolong Pengurus Kejora Hospitality & Services Sdn.Bhd
7. Wakil Kejora Agro


Hari kedua di Muzium Nelayan Tanjung Balau, peserta bersama-sama berzumba sebelum aktiviti dijalankan

Peserta Johor Media Race dikehendaki bermain Sepak Yem untuk mengumpul mata dan menyelesaikan tugasan mereka.


Salah satu cabaran peserta ialah bermain Klereng

Kesimpulannya, Program Johor Media Race di Wilayah KEJORA pada 21-22 April 2016 telah dapat dilaksanakan dengan sangat baik dan telah mendapat maklum balas yang positif daripada En Edzuar Zar Bin Ayob Azari, Pengarah Tourism Malaysia, Johor. Adalah diharapkan kerjasama dan penglibatan Bahagian Pelancongan, KEJORA bersama Tourism Malaysia, Johor dalam Program Johor Media Race 2016 dapat mempromosikan Teratak Penawar dan Muzium Nelayan serta lain-lain destinasi menarik sekitar Wilayah

4. KEJORA TURUT JAYAKAN 113K DESARU INTERNATIONAL TRIATHLON 2016

Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor, KEJORA, Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dan pihak Eventure Global Pte. Ltd. Serta Lotus Desaru Beach Resort telah mengelolakan satu acara bertaraf antarabangsa iaitu “113K Desaru International Triathlon 2016” pada 4-5 Jun 2016 bertempat di sekitar kawasan Lotus Desaru Beach Resort,Tanjung Balau dan sekitar Jalan Sedili, Kota Tinggi, Johor. Penganjuran ini telah melibatkan penyertaan lebih daripada 600 orang atlet-atlet sukan triathlon di peringkat antarabangsa dari lebih 30 buah Negara dan peserta tempatan menyertai pertandingan ini.
Antara Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapore, Brunei, Australia, New Zealand, USA, United Kingdom, Sri Lanka, Thailand, Philippines, Japan, South Korea, China, Germany, Indonesia, Italy, Canada, France, India, Norway, Ireland, South Africa, Belgium dan Spain. Tiga (3) halangan yang perlu ditempuh iaitu Berenang (2km), Berbasikal (90km) dan Berlari (21km). Program ini telah bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 12-13 Mac 2016. Selepas itu, program beralih di Desaru pada 4-5 Jun 2016 dan berakhir di Bukit Merah Laketown Resort pada 3-4 September 2016.

Sidang Media “113K Desaru International Triathlon 2016”


Peserta 113 Triathlon Series: Desaru 2016

Kehadiran En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA untuk acara Pelepasan Rasmi disambut dengan paluan kompang

Peserta dilepaskan oleh En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA

Halangan pertama, berenang sejauh 2km


Halangan Larian 21km, Peserta yang Berjaya menamatkan ketiga-tiga halangan



5. KUNJUNGAN SAIL MALAYSIA PASSAGE TO THE EAST 2016

Negeri Johor telah dipilih menjadi tuan rumah “Sail Malaysia Passage To The East 2016” yang bermula pada 21 April 2016 hingga 25 Mei 2016. Tourism Johor telah mengesyorkan dua (2) Produk Pelancongan di Wilayah KEJORA untuk dilawati iaitu Muzium Nelayan Tanjung Balau dan Taman Fertigasi “Teratak Penawar”. Seramai 40 orang peserta dari beberapa buah Negara yang telah menyertai lawatan ini. Antara Negara-negara yang menyertai program ini adalah terdiri daripada Negara Australia, Amerika, United Kingdom, Denmark, British Virgin Islands, France dan Mexico.
Tujuan lawatan “Sail Malaysia Passage to the East 2016” ini bertujuan bagi memperkenalkan Desaru sebagai destinasi peranginan pantai utama di negeri Johor. Jalinan kerjasama erat di antara Tourism Johor dan KEJORA dalam memastikan Produk Pelancongan di Wilayah KEJORA dipromosikan.


Peserta tiba di Muzium Nelayan Tanjung Balau

Peserta diberikan penerangan berkenaan beberapa koleksi perahu

Tempat kedua yang dilawati Taman Fertigasi KEJORA, Teratak Penawar

6. PROMOSI PELANCONGAN DESA DI JOHOR TRAVEL FAIR 2016

Pada 5-9 Mei 2016, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Johor Travel Fair 2016 bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru anjuran Johor Tourism. Penyertaan kali ini melibatkan lebih 20 agensi sekitar Malaysia. Booth KEJORA dengan nama Desaru Beach & Beyond. Juga turut serta Syarikat Anak KEJORA Hospitality & Services dan Limbungan Maju (Feri). Seramai lebih 300 orang pelawat pada setiap hari telah melawati booth KEJORA untuk mendapatkan maklumat.

Booth KEJORA

Pengunjung mendapatkan informasi mengenai kawasan Wilayah KEJORA


Staf KEJORA yang bertugas memberikan maklumat kepada pengunjung

7. JONG DAN GASING TARIKAN DI KARNIVAL PELANCONGAN DESA KAMPUNG LINTING 2016

Karnival Pelancongan Desa merupakan salah satu program yang dilaksanakan dengan kerjasama kampong-kampung Pelancongan Desa Wilayah KEJORA yang diharapkan bukan sahaja memperkenalkan keunikan kampung juga ada maksud tersirat lain iaitu mampu menyatukan masyarakat kampung khususnya Kampung linting dan menggalakkan kerjasama berterusan. KPD Kampung Linting telah diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) bertempat di Kampung Linting, Pengerang, Johor.
Antara matlamat dan objektif ialah:
         a)    Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dikalangan masyarakat kampung;
         b)    Memperkukuhkan ukhwah dan jati diri;
         c)    Melatih penduduk kampung dalam penganjuran aktiviti;
         d)    Memperkenalkan Kampung Linting sebagai salah sebuah destinasi Eko-Pelancongan            Desa.
Antara aktiviti menarik yang diadakan bagi memeriahkan Karnival Pelancongan Desa ialah:
         a)    Pertandingan  memancing;
         b)    Pertandingan bola sepak;
         c)    Sukaneka;
         d)    Sukan air;
         e)    Pertandingan karaoke;
          f)     Pertandingan gasing; dan
         g)    Pertandingan jong.
Pertandingan Jong dan Gasing mendapat sambutan dan berpotensi diketengahkan bagi memartabat Sukan Rakyat yang kian dilupakan.

Pertandingan mewarna peringkat kanak-kanak

Pertandingan panjat tiang licin

Tuan Haji Samsudin bin Hassan, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) turut hadir bagi merasmikan penutupan KPD Kg. Linting


8. KARNIVAL MEMANCONG D’PUNGGAI 2016 ANJURAN BERSAMA KEJORA DAN JORAN BAGUS

Penganjuran Program Karnival Memancing D’Punggai-KEJORA dan Joran Bagus dianjurkan selain memperkenalkan Punggai sebagai salah satu tempat tarikan pelancong, ia juga bertujuan untuk menambahkan aktiviti riadah dan memperkukuhkan aktiviti rekreasi di Tanjung Punggai khususnya dan Wilayah KEJORA amnya. Program ini telah diadakan pada 9-10 April 2016 bertempat di Pantai Pungai. Program ini telah Berjaya mendapat sambutan seramai 1300 orang  pemancing dari Malaysia dan Singapura dan dianggarkan jumlah pengunjung sepanjang dua hari tersebut adalah 5,000 orang.
            Hadiah yang ditawarkan bagi pertandingan ini ialah Tempat Pertama RM 50,000 (Ikan Pari seberat 4.04 kilogram), Tempat Kedua RM 10,000 dan Tempat Ketiga RM 4,000. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Sukanria dan Anda Ada 60 saat. Pada sebelah malam, pengunjung dihiburkan dengan artis dari Akademi Fantasia iaitu Azuan dan Amira dan turut bersama Raja Lawak Joe dan Am.

Antara peserta memancing

Pemenang tempat pertama ikan pari dengan seberat 4.04 kg

Barisan pemenang Karnival Memancing D’Punggai-KEJORA dan Joran Bagus


9. PESTA TANJUNG BALAU 2016

Penganjuran Pesta Balau diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau dan ia merupakan salah satu “Signature Event”  KEJORA. Program berlangsungf selama dua(2) hari bermula 30 April 2016 – 1 Mei 2016. Antara aktiviti menarik adalah Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Mewarna, Sukanria, Sukan Pantai, Malam Kebudayaan & Kesenian, Karaoke dan Pertandingan Memancing.
            Objektif program ini dijalankan bagi mempromosikan Pantai Tanjung Balau sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Disamping itu, dapat menyediakan aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua pengunjung Pantai Tanjung Balau.

Pengacara iaitu Artis Rajalawak Joe & Am

Persembahan Artis Akademi Fantasia oleh Azwan

Persembahan Artis terkenal oleh Zamani Slam

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan Pesta Tanjung Balau 2016


10. PENAWAR PENGERANG RUN 2016
Bahagian Pelancongan telah mengadakan Program Penawar Pengerang Run 2016 yang telah diadakan pada 20-21 Mei 2016 yang lalu bertempat di Kawasan Lapang Bersebelahan Pasar Malam, Bandar Penawar, Johor. Lapan kategori yang dipertandingkan iaitu:
Kategori
Umur
Terbuka Lelaki
-
Terbuka Wanita
-
Veteran Lelaki
< 32/12/1971
Veteran Wanita
<31/12/1976
Remaja Lelaki
13 – 18 tahun
Remaja Wanita
13 – 18 tahun
Kanak-kanak Lelaki
7 – 12 tahun
Kanak-kanak Perempuan
7 – 12 tahun


            Penyediaan t-shirt percuma juga turut diberikan kepada 500 penyertaan awal berserta sijil bagi peserta yang Berjaya menamatkan larian. Seramai 768 peserta telah mendaftarkan diri dalam larian kali ini. Antara objektif penganjuran Penawar Pengerang Run 2016 adalah:
a)    Menggalakkan masyarakat terutama golongan belia dan remaja untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan larian yang berfaedah;
b)    Mempromosikan aktiviti sukan dan rekreasi selain dapat mengisi masa lapang;
c)    Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemasayarakatan;
d)    Memupuk semangat daya saing;
e)    Membuka peluang kepada golongan belia, remaja dan orang-orang tua untuk memnujukkan bakat yang ada.

Penawar Pengerang Run 2016

Antara barisan tetamu kehormat yang hadir


Acara pelepasan rasmi oleh YB Dato’ Haji Baderi Bin Haji Dasuki, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Panti Merangkap Presiden Persatuan Olahraga daerah Kota Tinggi


10. MERIAHNYA PESTA TANJUNG BALAU 2016


       KEJORA telah membangunkan Kompleks Tanjung Balau sebagai salah satu tumpuan pelancong selain daripada Desaru. Dalam usaha untuk merancakkan promosi Pesta Tanjung Balau diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong mengunjungi kawasan ini. Penganjuran Pesta Tg Balau diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau dan ia merupakan salah satu Signature Event” KEJORA. Antara aktiviti menarik adalah Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Mewarna, Sukanria, Sukan pantai, Malam Kebudayaan & Kesenian, Karaoke, Pertandingan Memancing. Kos keseluruhan penganjuran Program Pesta Tanjung Balau Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2016 adalah RM50,850.60.
             Penyertaan peserta jualan dan pameran ialah usahawan di IKS - 25 orang, Pertanian - 3 orang usahawan, Perkhidmatan (Pakaian) -15 orang usahawan, penjaja makanan dan minuman - 17 orang usahawan, Food Truck - 4 orang usahawan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Malam Persembahan Artis Jemputan, Pertandingan Bola Sepak Pantai, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Sukan Pantai, Sukan Ria, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Karaoke.
                   
              Objektif program ini dijalankan bagi mempromosikan Pantai Tanjung Balau sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Disamping itu, dapat meneydiakan aktiviti-alktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua pengunjung Pantai Tanjung Balau.
Persembahan artis jemputan - Zamani

Pengacara Majlis, Joe&Am Raja Lawak


JOHOR TRAVEL FAIR 2016

 Pada 5-9 Mei 2016, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Johor Travel Fair 2016 bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru anjuran Tourism Johor. Penyertaan kali ini melibatkan lebih 20 agensi sekitar Malaysia. Booth KEJORA dengan nama Desaru Beach & Beyond bersama-sama turut serta KEJORA Hospitality & Services dan Limbungan Maju (Feri Belungkor). Seramai lebih 300 orang pelawat pada setiap hari telah melawati booth KEJORA untuk mendapatkan maklumat.

Booth KEJORA

Pengunjung mendapatkan informasi mengenai pelancongan di kawasan Wilayah KEJORA

Staf memberikan maklumat pelancongan kepada pengunjung

113 K DESARU INTERNATIONAL TRIATHLON 2016

         Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor, KEJORA, Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dan pihak Eventure Global Pte. Ltd serta Lotus Desaru Beach Resort telah mengelolakan satu acara bertaraf antarabangsa iaitu "113K Desaru International Triathlon 2016" pada 4-5 Jun 2016 bertempat di sekitar kawasan Lotus Desaru Beach Resort, Tanjung Balau dan sekitar Jalan Sedili, Kota Tinggi, Johor. Penganjuran ini telah melibatkan penyertaan lebih daripada 600 orang atlet sukat triathlon di peringkat antarabangsa dari lebih 30 buah negara dan peserta tempatan menyertai pertandingan ini.

         Antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Brunai, Australia, New Zealand, USA, United Kingdom, Sri Lanka, Thailand, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Cina, Jerman, Indonesia, Itali, Kanada, Perancis, India, Norway, Ireland, Afrika Selatan, Belgium dan Spain. Tiga (3) halangan yang perlu ditempuh iaitu berenang (2km), Berbasikal (90km) dan Berlari (21km). Program ini telah bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 12-13 Mac 2016. Selepas itu, program beralih di Desaru pada 4-5 Jun 2016 dan berakhir di Bukit Merah Laketown Resort pada 3-4 September 2016.
 Kehadiran En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA untuk acara Pelepasan Rasmi disambut dengan paluan kompang



Peserta dilepaskan oleh En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA 



Halangan pertama , berenang sejauh 2km 



 Halangan larian 21km, peserta yang berjaya menamatkan ketiga-tiga halangan



Antara peserta 113 Triathlon Series 


SAMBUTAN HARI MUZIUM PERINGKAT ANTARABANGSA 2016


         Pada 13hb hingga 23 Mei 2016 telah berlangsung Karnival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan yang telah di adakan di Muzium Padi,  Alor Setar, Kedah Darul Aman anjuran Persatuan Muzium Malaysia dengan kerjasama Muzium Negeri Kedah. Sebanyak 32 muzium dari pelbagai agensi telah mengambil bahagian dalam karnival yang julung kali diadakan di Negeri Kedah ini.

             Selain daripada pameran booth muzium, turut diadakan adalah Pertandingan Sukan Antara Zon sempena Hari Muzium Antarabangsa Kedah 2016. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti perlawanan futsal, badminton, bowling, dart, memanah, karom dan bola sepak. Selain itu, acara permainan rakyat turut di jalankan di sekitar kawasan desa berhampiran Muzium Padi tersebut . Acara seperti “Jom Ke Bendang”, Serkap Ikan, Master Kedohoq, Memancing Puyu Dan Tangkap Itik dijalankan serentak di samping acara tambahan lain seperti Larian Muzium, Berbasikal Klasik dan banyak lagi aktiviti yang di jalankan sepanjang karnival ini berlangsung. Pengisian pentas pula dijalankan dengan aktiviti cabutan bertuah, Persembahan Artis, Persembahan Teater Penjara, Persembahan Tarian Tradisional dan ceramah agama oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias.
  

          KEJORA melalui Muzium Nelayan Tanjung Balau telah membina sebuah booth pameran “ Kapal Karam Desaru” yang bercirikan sebuah kapal dagang tahun 1840-an yang terkandung khazanah artifak yang karam di Perairan Desaru. Bagi menjayakan pembinaan kapal ini, Bahagian Pelancongan telah bekerjasama dengan anggota berkemahiran dari LBJT untuk memastikan ianya menarik dan dapat memperkenalkan Muzium Nelayan Tg. Balau kepada umum serta sentiasa menjadi tumpuan pengunjung sepanjang karnival berlangsung. Pihak urusetia telah menganjurkan 3 Kategori Pertandingan bagi booth –booth yang menyertai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Kedah pada tahun ini iaitu Kategori Booth Paling Kreatif, Kategori Warisan Sejarah dan Kategori Paling Ramai dan Booth Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Booth Paling Kreatif sempena Hari Muzium Antarabangsa pada tahun ini. Ini merupakan kemenangan yang kedua selepas memenangi Johan Booth Terbaik sempena Hari Muzium Antarabangsa Kebangsaan Selangor pada tahun 2014 di Muzium Alam Syah, Shah Alam, Selangor.

KARNIVAL AMBANG KEMERDEKAAN 2016


Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 30-31 Ogos 2016 (Selasa – Rabu), bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau, Kota Tinggi. Program ini telah mendapat sambutan meriah oleh lebih kurang 18,972 orang pengunjung sekaligus dapat mempromosikan Pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Objektif program ialah :
  • ·         Memupuk semangat Patriotisme dan cintakan Malaysia dikalangan masyarakat;
  • ·         Memupuk semangat “Sehati Sejiwa” dikalangan masyarakat;
  • ·   Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia kepada Negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada Negara;
  • ·         Menanam rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan Negara;
  • ·         Mananam rasa hormat dan menghargai wira-wira Negara;
  • ·  Memperkenalkan permainan tradisional kepada masyarakat khususnya golongan remaja dengan penganjuran Acara Permainan Tradisional; dan
  • ·    Menyediakan program-program bermanfaat dan sesuai untuk semua peringkat umur sepertimana berikut:

1)    Acara Permainan Sukan Rakyat @ Tradisional;
2)    Pertandingan Mewarna Sambutan Kemerdekaan;
3)    Malam Persembahan Artis Jemputan;
4)    Persembahan Seni Silat;
5)    Tarian Zapin dan Tarian 1 Malaysia;
6)    Deklamasi Sajak;
7)    Sukan Rakyat;
8)    Pertandingan Mewarna;
9)    “Aerobikthon”;
10) Penampilan Cosplay Ultraman
11)Persembahan Lagu Patriotik @ Asli

No comments:

Post a comment