- Program Karnival Sukan dan Pelancongan JPMM Dun Sedili dan KEJORA “JomGodakPaya” Tahun 2016 pada 23 Januari 2016 (Sabtu)
2 “Jom
Godak Paya” merupakan salah satu program inisiatif Yang Berhormat Tuan Haji
Rasman Bin Haji Ithnain, Adun Sedili dan ia bertujuan memperkenalkan permainan
tradisi masyarakat serta mengetengahkan keunikan budaya. Selain daripada itu
program ini juga diadakan bagi mendekatkan Pemimpin dengan masyarakat setempat supaya
setiap masalah rakyat dapat diselesaikan dan menjalinkan kerjasama yang erat.Pelbagai acara menarik diadakan iaitu “Program Berjalan Sepuluh
Ribu Langkah”, Aerobik, “Godak Paya” dan Pertandingan Sukan Rakyat Tradisional.
3 Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Norazam Bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Daerah
Kota Tinggi. Turut hadir Yang Berhormat Tuan Haji Rasman Bin Haji Ithnain, Adun
Sedili dan En. Norazman Bin Othman, Pengurus Besar KEJORA.
4 Dianggarkan seramai lebih kurang 1000 orang hadir memeriahkan
Program Karnival Sukan dan Pelancongan
JPMM Dun Sedili dan KEJORA “Jom Godak Paya” Tahun 2016 pada 23 Januari 2016
(Sabtu) bertempat di The Wetlands Of Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor.
Perasmian “Jom Godak Paya” oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman |
2. Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2016
KARNIVAL AMBANG KEMERDEKAAN 2016
Monsoon Mayhem International
Surf Challenge 2016 telah diadakan pada 8-9 Januari 2016 bertempat di Pantai
Tanjung Balau. Pelepasan rasmi Monsoon Mayhem Internatioanal Surf Challenge
2016 oleh Tuan Haji Norazam Bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Turut hadir En. Edzuar Zar Bin Ayob Azari, Pengarah Tourism Malaysia, Johor dan
Pn. Wan Fatiha, Timbalan Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia, Johor.
2. Majlis penyampaian hadiah pada 9 Januari 2016 telah
disempurnakan oleh En. Norazman Bin Othman, Pengurus Besar KEJORA dan En.
Hamzah Bin Haji Isa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA).
3. Seramai 40 orang menyertai pertandingan Luncur Ombak yang
terdiri bukan sahaja dari Malaysia juga dari Negara Australia, Japan dan
Singapura. Lain-lain aktiviti tarikan 10 peserta Skateboarding dan juga pameran
kereta antik.
a)
Pemenang
Kategori Mayhem Mens Open
BIL
|
NAMA
|
NEGERI
|
HADIAH
|
1
|
Didaqt
|
Cherating,
|
RM2,000.00
|
2
|
Haikal
|
Tanjung Balau Johor
|
RM1,000.00
|
3
|
Yen
|
Cherating,
|
RM700.00
|
4
|
Alif Hakimi
|
Tanjung Balau Johor
|
RM500.00
|
b)
Pemenang Kategori Mayhem Masters
BIL
|
NAMA
|
NEGARA
|
HADIAH
|
1
|
Greg daniel
|
Australia
|
RM1,000.00
|
2
|
Ajill
|
Singapura
|
RM700.00
|
3
|
Bukit
|
Singapura
|
RM500.00
|
4
|
Nori San
|
Japan
|
RM300.00
|
4. Dianggarkan
seramai lebih kurang 500 orang hadir memeriahkan Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2016 pada 8-9
Januari 2016 bertempat di Pantai Tanjung Balau.
Barisan juri yang mengadili pertandingan |
Boyband KEJORA turut menghiburkan penonton yang hadir |
Peserta bergambar dengan tetamu kehormat |
Antara peserta dari dalam negara |
4. KEJORA
TURUT JAYAKAN 113K DESARU INTERNATIONAL TRIATHLON 2016
Kerajaan Negeri Johor
melalui Tourism Johor, KEJORA, Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dan pihak
Eventure Global Pte. Ltd. Serta Lotus Desaru Beach Resort telah mengelolakan
satu acara bertaraf antarabangsa iaitu “113K
Desaru International Triathlon 2016” pada 4-5 Jun 2016 bertempat di sekitar
kawasan Lotus Desaru Beach Resort,Tanjung Balau dan sekitar Jalan Sedili, Kota
Tinggi, Johor. Penganjuran ini telah melibatkan penyertaan lebih daripada 600
orang atlet-atlet sukan triathlon di peringkat antarabangsa dari lebih 30 buah
Negara dan peserta tempatan menyertai pertandingan ini.
Antara Negara-negara yang
terlibat adalah Malaysia, Singapore, Brunei, Australia, New Zealand, USA,
United Kingdom, Sri Lanka, Thailand, Philippines, Japan, South Korea, China,
Germany, Indonesia, Italy, Canada, France, India, Norway, Ireland, South
Africa, Belgium dan Spain. Tiga (3) halangan yang perlu ditempuh iaitu Berenang
(2km), Berbasikal (90km) dan Berlari (21km). Program ini telah bermula di Kota
Kinabalu, Sabah pada 12-13 Mac 2016. Selepas itu, program beralih di Desaru
pada 4-5 Jun 2016 dan berakhir di Bukit Merah Laketown Resort pada 3-4
September 2016.
Sidang Media “113K Desaru International
Triathlon 2016”
Peserta
113 Triathlon Series: Desaru 2016
Kehadiran
En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus
Besar KEJORA untuk acara Pelepasan Rasmi disambut dengan paluan kompang
Peserta
dilepaskan oleh En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil
Rasmi Pengurus Besar KEJORA
Halangan
pertama, berenang sejauh 2km
Halangan
Larian 21km, Peserta yang Berjaya menamatkan ketiga-tiga halangan
5. KUNJUNGAN SAIL MALAYSIA
PASSAGE TO THE EAST 2016
Negeri Johor telah dipilih
menjadi tuan rumah “Sail Malaysia Passage
To The East 2016” yang bermula pada 21 April 2016 hingga 25 Mei 2016.
Tourism Johor telah mengesyorkan dua (2) Produk Pelancongan di Wilayah KEJORA
untuk dilawati iaitu Muzium Nelayan Tanjung Balau dan Taman Fertigasi “Teratak
Penawar”. Seramai 40 orang peserta dari beberapa buah Negara yang telah
menyertai lawatan ini. Antara Negara-negara yang menyertai program ini adalah
terdiri daripada Negara Australia, Amerika, United Kingdom, Denmark, British
Virgin Islands, France dan Mexico.
Tujuan lawatan “Sail Malaysia Passage to the East 2016”
ini bertujuan bagi memperkenalkan Desaru sebagai destinasi peranginan pantai
utama di negeri Johor. Jalinan kerjasama erat di antara Tourism Johor dan
KEJORA dalam memastikan Produk Pelancongan di Wilayah KEJORA dipromosikan.
Peserta
tiba di Muzium Nelayan Tanjung Balau
Peserta
diberikan penerangan berkenaan beberapa koleksi perahu
Tempat
kedua yang dilawati Taman Fertigasi KEJORA, Teratak Penawar
6. PROMOSI
PELANCONGAN DESA DI JOHOR TRAVEL FAIR 2016
Pada 5-9 Mei 2016, Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Johor
Travel Fair 2016 bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru anjuran Johor Tourism.
Penyertaan kali ini melibatkan lebih 20 agensi sekitar Malaysia. Booth KEJORA dengan nama Desaru Beach
& Beyond. Juga turut serta Syarikat Anak KEJORA Hospitality & Services
dan Limbungan Maju (Feri). Seramai lebih 300 orang pelawat pada setiap hari telah
melawati booth KEJORA untuk
mendapatkan maklumat.
Booth
KEJORA
Pengunjung
mendapatkan informasi mengenai kawasan Wilayah KEJORA
Staf KEJORA yang bertugas memberikan maklumat kepada pengunjung
7. JONG
DAN GASING TARIKAN DI KARNIVAL PELANCONGAN DESA KAMPUNG LINTING 2016
Karnival Pelancongan Desa
merupakan salah satu program yang dilaksanakan dengan kerjasama kampong-kampung
Pelancongan Desa Wilayah KEJORA yang diharapkan bukan sahaja memperkenalkan
keunikan kampung juga ada maksud tersirat lain iaitu mampu menyatukan
masyarakat kampung khususnya Kampung linting dan menggalakkan kerjasama
berterusan. KPD Kampung Linting telah diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu)
bertempat di Kampung Linting, Pengerang, Johor.
Antara matlamat dan objektif
ialah:
a)
Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan
dikalangan masyarakat kampung;
b)
Memperkukuhkan ukhwah dan jati diri;
c)
Melatih penduduk kampung dalam penganjuran
aktiviti;
d)
Memperkenalkan Kampung Linting sebagai salah
sebuah destinasi Eko-Pelancongan Desa.
Antara aktiviti menarik yang
diadakan bagi memeriahkan Karnival Pelancongan Desa ialah:
a)
Pertandingan
memancing;
b)
Pertandingan bola sepak;
c)
Sukaneka;
d)
Sukan air;
e)
Pertandingan karaoke;
f)
Pertandingan gasing; dan
g)
Pertandingan jong.
Pertandingan Jong dan Gasing
mendapat sambutan dan berpotensi diketengahkan bagi memartabat Sukan Rakyat
yang kian dilupakan.
Pertandingan mewarna peringkat
kanak-kanak
Pertandingan panjat tiang licin
Tuan Haji Samsudin bin Hassan, Timbalan
Pengurus Besar (Pengurusan) turut hadir bagi merasmikan penutupan KPD Kg. Linting
8. KARNIVAL
MEMANCONG D’PUNGGAI 2016 ANJURAN BERSAMA KEJORA DAN JORAN BAGUS
Penganjuran Program Karnival Memancing D’Punggai-KEJORA
dan Joran Bagus dianjurkan selain memperkenalkan Punggai sebagai salah satu
tempat tarikan pelancong, ia juga bertujuan untuk menambahkan aktiviti riadah
dan memperkukuhkan aktiviti rekreasi di Tanjung Punggai khususnya dan Wilayah
KEJORA amnya. Program ini telah diadakan pada 9-10 April 2016 bertempat di
Pantai Pungai. Program ini telah Berjaya mendapat sambutan seramai 1300 orang pemancing dari Malaysia dan Singapura dan
dianggarkan jumlah pengunjung sepanjang dua hari tersebut adalah 5,000 orang.
Hadiah
yang ditawarkan bagi pertandingan ini ialah Tempat Pertama RM 50,000 (Ikan Pari
seberat 4.04 kilogram), Tempat Kedua RM 10,000 dan Tempat Ketiga RM 4,000.
Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Sukanria dan Anda Ada 60
saat. Pada sebelah malam, pengunjung dihiburkan dengan artis dari Akademi
Fantasia iaitu Azuan dan Amira dan turut bersama Raja Lawak Joe dan Am.
Antara
peserta memancing
Pemenang
tempat pertama ikan pari dengan seberat 4.04 kg
Barisan
pemenang Karnival Memancing D’Punggai-KEJORA dan Joran Bagus
9. PESTA
TANJUNG BALAU 2016
Penganjuran Pesta Balau diadakan bersempena Sambutan Hari
Pekerja 1 Mei bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau dan ia merupakan salah
satu “Signature Event” KEJORA. Program
berlangsungf selama dua(2) hari bermula 30 April 2016 – 1 Mei 2016. Antara
aktiviti menarik adalah Pertandingan
Bola Jaring, Pertandingan Mewarna, Sukanria, Sukan Pantai, Malam Kebudayaan
& Kesenian, Karaoke dan Pertandingan Memancing.
Objektif
program ini dijalankan bagi mempromosikan Pantai Tanjung Balau sebagai salah
satu tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Disamping itu, dapat
menyediakan aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua pengunjung
Pantai Tanjung Balau.
Pengacara
iaitu Artis Rajalawak Joe & Am
Persembahan
Artis Akademi Fantasia oleh Azwan
Persembahan
Artis terkenal oleh Zamani Slam
Antara
pengunjung yang hadir memeriahkan Pesta Tanjung Balau 2016
10. PENAWAR
PENGERANG RUN 2016
Bahagian Pelancongan telah
mengadakan Program Penawar Pengerang Run 2016 yang telah diadakan pada 20-21
Mei 2016 yang lalu bertempat di Kawasan Lapang Bersebelahan Pasar Malam, Bandar
Penawar, Johor. Lapan kategori yang dipertandingkan iaitu:
Kategori
|
Umur
|
Terbuka Lelaki
|
-
|
Terbuka Wanita
|
-
|
Veteran Lelaki
|
< 32/12/1971
|
Veteran Wanita
|
<31/12/1976
|
Remaja Lelaki
|
13 – 18 tahun
|
Remaja Wanita
|
13 – 18 tahun
|
Kanak-kanak Lelaki
|
7 – 12 tahun
|
Kanak-kanak Perempuan
|
7 – 12 tahun
|
Penyediaan
t-shirt percuma juga turut diberikan
kepada 500 penyertaan awal berserta sijil bagi peserta yang Berjaya menamatkan
larian. Seramai 768 peserta telah mendaftarkan diri dalam larian kali ini.
Antara objektif penganjuran Penawar Pengerang Run 2016 adalah:
a) Menggalakkan
masyarakat terutama golongan belia dan remaja untuk melibatkan diri dalam
aktiviti sukan larian yang berfaedah;
b) Mempromosikan
aktiviti sukan dan rekreasi selain dapat mengisi masa lapang;
c) Mengeratkan
hubungan silaturrahim dan kemasayarakatan;
d) Memupuk
semangat daya saing;
e) Membuka
peluang kepada golongan belia, remaja dan orang-orang tua untuk memnujukkan
bakat yang ada.
Penawar
Pengerang Run 2016
Antara
barisan tetamu kehormat yang hadir
Acara
pelepasan rasmi oleh YB Dato’ Haji Baderi Bin Haji Dasuki, Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Panti Merangkap Presiden Persatuan Olahraga
daerah Kota Tinggi
10. MERIAHNYA PESTA TANJUNG BALAU 2016
SAMBUTAN HARI MUZIUM PERINGKAT ANTARABANGSA 2016
KEJORA telah membangunkan Kompleks Tanjung Balau sebagai salah satu tumpuan pelancong selain daripada Desaru. Dalam usaha untuk merancakkan promosi Pesta Tanjung Balau diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong mengunjungi kawasan ini. Penganjuran Pesta Tg Balau diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau dan ia merupakan salah satu “Signature Event” KEJORA. Antara aktiviti menarik adalah Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan
Mewarna, Sukanria, Sukan pantai, Malam Kebudayaan & Kesenian, Karaoke, Pertandingan Memancing. Kos keseluruhan penganjuran Program Pesta Tanjung Balau Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2016 adalah RM50,850.60.
Penyertaan peserta jualan dan pameran ialah usahawan di IKS - 25 orang, Pertanian - 3 orang usahawan, Perkhidmatan (Pakaian) -15 orang usahawan, penjaja makanan dan minuman - 17 orang usahawan, Food Truck - 4 orang usahawan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Malam Persembahan Artis Jemputan, Pertandingan Bola Sepak Pantai, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Sukan Pantai, Sukan Ria, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Karaoke.
Objektif program ini dijalankan bagi mempromosikan Pantai Tanjung Balau sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Disamping itu, dapat meneydiakan aktiviti-alktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua pengunjung Pantai Tanjung Balau.
Pada 5-9 Mei 2016, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Johor Travel Fair 2016 bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru anjuran Tourism Johor. Penyertaan kali ini melibatkan lebih 20 agensi sekitar Malaysia. Booth KEJORA dengan nama Desaru Beach & Beyond bersama-sama turut serta KEJORA Hospitality & Services dan Limbungan Maju (Feri Belungkor). Seramai lebih 300 orang pelawat pada setiap hari telah melawati booth KEJORA untuk mendapatkan maklumat.
Objektif program ini dijalankan bagi mempromosikan Pantai Tanjung Balau sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Disamping itu, dapat meneydiakan aktiviti-alktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua pengunjung Pantai Tanjung Balau.
Persembahan artis jemputan - Zamani
Pengacara Majlis, Joe&Am Raja Lawak
JOHOR TRAVEL FAIR 2016
Pada 5-9 Mei 2016, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Johor Travel Fair 2016 bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru anjuran Tourism Johor. Penyertaan kali ini melibatkan lebih 20 agensi sekitar Malaysia. Booth KEJORA dengan nama Desaru Beach & Beyond bersama-sama turut serta KEJORA Hospitality & Services dan Limbungan Maju (Feri Belungkor). Seramai lebih 300 orang pelawat pada setiap hari telah melawati booth KEJORA untuk mendapatkan maklumat.
Booth KEJORA
Pengunjung mendapatkan informasi mengenai pelancongan di kawasan Wilayah KEJORA
Staf memberikan maklumat pelancongan kepada pengunjung
113 K DESARU INTERNATIONAL TRIATHLON 2016
Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor, KEJORA, Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dan pihak Eventure Global Pte. Ltd serta Lotus Desaru Beach Resort telah mengelolakan satu acara bertaraf antarabangsa iaitu "113K Desaru International Triathlon 2016" pada 4-5 Jun 2016 bertempat di sekitar kawasan Lotus Desaru Beach Resort, Tanjung Balau dan sekitar Jalan Sedili, Kota Tinggi, Johor. Penganjuran ini telah melibatkan penyertaan lebih daripada 600 orang atlet sukat triathlon di peringkat antarabangsa dari lebih 30 buah negara dan peserta tempatan menyertai pertandingan ini.
Antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Brunai, Australia, New Zealand, USA, United Kingdom, Sri Lanka, Thailand, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Cina, Jerman, Indonesia, Itali, Kanada, Perancis, India, Norway, Ireland, Afrika Selatan, Belgium dan Spain. Tiga (3) halangan yang perlu ditempuh iaitu berenang (2km), Berbasikal (90km) dan Berlari (21km). Program ini telah bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 12-13 Mac 2016. Selepas itu, program beralih di Desaru pada 4-5 Jun 2016 dan berakhir di Bukit Merah Laketown Resort pada 3-4 September 2016.
Kehadiran En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA untuk acara Pelepasan Rasmi disambut dengan paluan kompang
Peserta dilepaskan oleh En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA
Halangan pertama , berenang sejauh 2km
Halangan larian 21km, peserta yang berjaya menamatkan ketiga-tiga halangan
Antara peserta 113 Triathlon Series
SAMBUTAN HARI MUZIUM PERINGKAT ANTARABANGSA 2016
Pada
13hb hingga 23 Mei 2016 telah berlangsung Karnival Hari Muzium Antarabangsa
Peringkat Kebangsaan yang telah di adakan di Muzium Padi, Alor Setar, Kedah Darul Aman anjuran
Persatuan Muzium Malaysia dengan kerjasama Muzium Negeri Kedah. Sebanyak 32 muzium
dari pelbagai agensi telah mengambil bahagian dalam karnival yang julung kali
diadakan di Negeri Kedah ini.
Selain
daripada pameran booth muzium, turut diadakan adalah Pertandingan Sukan Antara
Zon sempena Hari Muzium Antarabangsa Kedah 2016. Antara acara yang
dipertandingkan adalah seperti perlawanan futsal, badminton, bowling, dart,
memanah, karom dan bola sepak. Selain itu, acara permainan rakyat turut di
jalankan di sekitar kawasan desa berhampiran Muzium Padi tersebut . Acara
seperti “Jom Ke Bendang”, Serkap Ikan, Master Kedohoq, Memancing Puyu Dan
Tangkap Itik dijalankan serentak di samping acara tambahan lain seperti Larian
Muzium, Berbasikal Klasik dan banyak lagi aktiviti yang di jalankan sepanjang
karnival ini berlangsung. Pengisian pentas pula dijalankan dengan aktiviti
cabutan bertuah, Persembahan Artis, Persembahan Teater Penjara, Persembahan
Tarian Tradisional dan ceramah agama oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias.
KEJORA
melalui Muzium Nelayan Tanjung Balau telah membina sebuah booth pameran “ Kapal
Karam Desaru” yang bercirikan sebuah kapal dagang tahun 1840-an yang terkandung
khazanah artifak yang karam di Perairan Desaru. Bagi menjayakan pembinaan kapal
ini, Bahagian Pelancongan telah bekerjasama dengan anggota berkemahiran dari
LBJT untuk memastikan ianya menarik dan dapat memperkenalkan Muzium Nelayan Tg.
Balau kepada umum serta sentiasa menjadi tumpuan pengunjung sepanjang karnival
berlangsung. Pihak urusetia telah menganjurkan 3 Kategori Pertandingan bagi
booth –booth yang menyertai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Kedah pada tahun
ini iaitu Kategori Booth Paling Kreatif, Kategori Warisan Sejarah dan Kategori
Paling Ramai dan Booth Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Booth Paling Kreatif
sempena Hari Muzium Antarabangsa pada tahun ini. Ini merupakan kemenangan yang
kedua selepas memenangi Johan Booth
Terbaik sempena Hari Muzium Antarabangsa Kebangsaan Selangor pada tahun
2014 di Muzium Alam Syah, Shah Alam, Selangor.
KARNIVAL AMBANG KEMERDEKAAN 2016
Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini telah
diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 30-31 Ogos 2016 (Selasa – Rabu),
bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau, Kota Tinggi. Program ini telah mendapat
sambutan meriah oleh lebih kurang 18,972 orang pengunjung sekaligus dapat mempromosikan
Pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau sebagai salah satu tempat
yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Objektif program ialah :
- · Memupuk semangat Patriotisme dan cintakan Malaysia dikalangan masyarakat;
- · Memupuk semangat “Sehati Sejiwa” dikalangan masyarakat;
- · Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia kepada Negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada Negara;
- · Menanam rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan Negara;
- · Mananam rasa hormat dan menghargai wira-wira Negara;
- · Memperkenalkan permainan tradisional kepada masyarakat khususnya golongan remaja dengan penganjuran Acara Permainan Tradisional; dan
- · Menyediakan program-program bermanfaat dan sesuai untuk semua peringkat umur sepertimana berikut:
1) Acara
Permainan Sukan Rakyat @ Tradisional;
2) Pertandingan
Mewarna Sambutan Kemerdekaan;
3) Malam
Persembahan Artis Jemputan;
4) Persembahan
Seni Silat;
5) Tarian
Zapin dan Tarian 1 Malaysia;
6) Deklamasi
Sajak;
7) Sukan
Rakyat;
8) Pertandingan
Mewarna;
9) “Aerobikthon”;
10) Penampilan
Cosplay Ultraman
11)Persembahan
Lagu Patriotik @ Asli
No comments:
Post a Comment