BAGAIMANA KE SANA?



Ikhsan : SDE MAPS



DESARU, merupakan pantai yang terkenal, terletak di hujung timur semenanjung (berhampiran Singapura) - kira-kira 1 jam perjalanan memandu dari Johor Bahru). Ia mempunyai pantai bersih yang berpasir putih dengan hutan tropika jaraknya sejauh lebih kurang 25 kilometer. Anda boleh berjalan kaki hampir 50 meter ke dalam laut tetapi (airnya masih kedalamnya kira-kira 4 kaki sahaja). Desaru adalah destinasi popular untuk pelancong serta penduduk tempatan. Pantai sepanjang 25km ini dipenuhi dengan pohon rhu dan hutan tropika yang subur serta pasir pantai yang bersih.
  •  Daripada Kuala Lumpur- 
  •  Melalui Darat
    • Keluar persimpangan Senai Utara (Exit 253) Lebuhraya PLUS, kemudian teruskan perjalanan melalui Senai Desaru Expressway (E22) menuju ke Desaru / Tg. Balau.      
  •  Melalui Udara
    • Penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor (lebih kurang 45 minit) kemudian satu jam memandu ke Desaru / Tg. Balau melalui Senai Desaru Expressway (E22)                                  
  • Daripada Singapura
  • Terbang ke lapangan terbang antarabangsa Changi Singapura dan boleh memilih sama ada untuk
    • Melalui Darat
Mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan feri dan Terminal Feri Changi, Singapura ke Terminal Feri Tanjung Belungkor kemudian melalui darat perjalanannya cuma 30 minit ke Bandar Penawar / Desaru.

No comments:

Post a Comment